Dapatkan SEGERA baucar RM9.90 dari EMBuzz EMBuzz
icon-search
icon-search

Selamat Hari Malaysia!!!

Dari 16 September 1963 ke hari ini.

Siapa sangka, tahun 2020 yang dinanti-nantikan begini.

Saya lihat balik, banyak yang telah kita lalui.

Pembentukan Malaysia antara Sabah, Sarawak dan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia ini amat unik.

Berbilang kaum. Berbilang suku. Berbilang agama. Berbilang latar belakang kita.

Perpaduan selalu menjadi "tema" dan percakapan.

Ketika saya Perdana Menteri dahulu, prinsip pentadbiran saya hanya dua:

Yang pertama - Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan

Yang kedua - 1Malaysia

Ada pihak yang sokong 1Malaysia, ada yang kecam.

Saya tahu.

Tapi saya hanya mahu memastikan kerajaan, dasar dan halatuju berpaksikan pembangunan saksama.

Saya mahu siapa yang perlu bantuan, dibantu.

Saya mahu negeri yang ketinggalan, dibangunkan.

Kita semua ini anak-anak Malaysia dan tanah air ini kita punya.

Setiap inci tanah yang dipijak ini, jika bukan kita, siapa lagi yang akan pertahankan? Siapa lagi yang akan bangunkan?

Pembangunan negeri-negeri amat penting kerana Malaysia bukan Kuala Lumpur sahaja.

Kita tidak lupa "sumbangan" PM4 kepada negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak.

Saya sendiri tidak lupa.

Berbilion-bilion peruntukan juga saya berikan dan amanahkan kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) ketika itu - Shafie Apdal.

Untuk bangunkan Sabah, Sarawak dan luar bandar.

Hari ini penyokong Shafie Apdal dan PH/Warisan kritik BN.

Ya, bersyukur saya kerana ada peruntukan untuk rakyat Sabah, Sarawak dan luar bandar diterima secara langsung daripada kerajaan negeri BN atau Kementerian persekutuan lain.

Pelbagai pembangunan juga saya umumkan secara langsung untuk Sabah, Sarawak dan luar bandar.

Pan Borneo TANPA TOL, pembangunan kluster industri, pengukuhan sektor minyak dan gas, pendidikan antaranya.

Dan ini jelas perbandingannya.

Jika kita lihat bajet yang ada di Sabah, berbilion-bilion ada setiap tahun ketika PH di kerajaan persekutuan dan PH/Warisan di kerajaan negeri.

Dapat rasa kah rakyat?

Infrastruktur semakin ke belakang. Projek pembangunan zaman BN untuk rakyat dihentikan. Pertanian antara penjana ekonomi utama juga tiada bantuan diberi atau kemajuan. Ekonomi merudum sehingga menjadi negeri paling teruk di Malaysia.

Mesej yang saya mahu bawakan di sini ialah kita sudah melepasi tema "perpaduan".

1Malaysia sudah terpahat di hati dan jalinan hubungan sesama kita.

Yang kita perlu gerakkan dan utamakan ialah apa yang saya tegaskan selama ini - pembangunan, pembangunan, pembangunan.

Dan kita perlu perbetulkan keputusan dahulu, pastikan ia tidak berulang.

Kita tiada masa untuk dibazirkan lagi. Kita semakin ketinggalan akibat kesilapan dasar dan halatuju PH, Warisan dan sewaktu dengannya.

Pembangunan luar bandar dan ekonomi setempat perlu ditingkatkan dan dinaikkan setaraf bandar.

Today, we must talk about development.

Ayuh Malaysia!

Kita boleh jadi bangsa yang berjaya.

Selamat Hari Malaysia.


Dipetik dari FB Page Najib Razak



Older post Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.