
[Klik (Please Subscribe) dan tinggalkan email ID anda untuk mendapatkan tawaran-tawaran hebat, baucar potongan harga, hadiah-hadiah serta untuk mengetahui aktiviti dan perkembangan terkini dari kami...]
SET BAKUL MAKANAN
Umum mengetahui keadaan yang tidak menentu melanda seluruh dunia berpunca daripada penularan pandemik Covid19, termasuk juga kita di Malaysia. Keadaan ini tidak hanya memberi kesan kepada risiko kesihatan kita, malah lebih besar lagi bilamana ia turut membawa bersama gelombang kemerosotan ekonomi secara drastik.
Akibatnya, semakin ramai kalangan rakyat yang sudah mula dihimpit dengan kesempitan hidup disebabkan pendapatan tidak lagi sesempurna seperti sebelum ini. Malah, tidak kurangnya, sudah ramai yang sudah hilang terus mata pencarian mereka, ibarat sedang jatuh melayang dari bangunan tinggi. Jatuh, memang sudah jatuh, tinggal lagi, masih adakah pihak ataupun insan yang prihatin yang mahu menghulurkan pelampung atau tilam di bawah.
Dan tidak dinafikan, walaupun ramai yang sudah terkesan, tetapi pasti masih ramai lagi di luar sana yang masih boleh bertahan. Tidak kurang juga, sudah tentu ada di kalangan mereka yg timbul rasa simpati kepada kumpulan rakyat yg terpaksa menerima impaks dasyat ini, dan sedaya upaya mereka berusaha nak menzahirkan rasa simpati mereka dan solidariti sebagai rakyat Malaysia dengan cuba untuk menghulurkan bantuan kepada kumpulan yang terkesan.
Tetapi keadaan semasa, penularan virus Covid19 yang begitu mudah berpindah dari satu mangsa, ke satu mangsa, arahan-arahan kawalan pergerakan dari kerajaan, semua ini menyebabkan usaha untuk menyalurkan bantuan kepada yang memerlukan menjadi agak terbatas.
Maka, atas kesedaran ini, kami cuba mencari, menyediakan dan menawarkan solusi bagi mengatasi keterbatasan tadi, memanfaatkan sistem online semaksima mungkin, memastikan proses penyediaan bantuan serta proses mengumpulkan maklumat lengkap penerima dapat dilakukan dengan pantas, tepat dan efisyen. Bukan itu sahaja, matlamat kami juga, selain memastikan bantuan yg nak disalur itu sampai ke tangan mereka yg sudah dikenalpasti dengan cepat, dalam masa sama juga, kami akan pastikan ada tanda 'watermark' dari penyumbang di dalam pakej bantuan yg disalurkan itu supaya pihak yang menerima tadi akan tahu dan kenal, siapa sebenarnya yg telah menyumbang.
SET-SET YANG DITAWARKAN
Terdapat 10 set dengan pelbagai variasi barangan keperluan telah kami sediakan dengan harga yang sangat berpatutan. Set2 tersebut adalah seperti berikut :
1. Set A
i) Gula pasir x 1kg
ii) Sardin tin (k) x 1 tin
iii) Serbuk Milo (200g) x 1 pek
iv) Susu pekat manis x 1 tin
v) Roti 4 segi x 1 pek
vi) Mee Maggi x 1 pek
Harga : RM31.90
2. Set B
i) Beras x 1 pek (5kg)
ii) Gula pasir x 1kg
iii) Serbuk kopi x 1 pek
iv) Sardin x 1 tin
v) Susu pekat manis x 1 tin
Harga : RM31.90
3. Set C
i) Gula Pasir x 2 kg
ii) Milo (450g) x 1 pek
iii) Susu pekat manis x 1 tin
iv) Mee Segera Maggi x 2 pek
v) Sardin (k) x 2 tin
vi) Biskut 4 segi x 1 pek
vii) Tepung gandum (kg) x 1 pek
viii) Bihun x 1 bungkus
Harga : RM52.90
4. Set D
i) Sos tomato (k) x 1 botol
ii) Sos cili (k) x 1 botol
iii) Kicap manis (k) x 1 botol
iv) Sardin x 2 tin
v) Pek rempah serbaneka bernilai : RM10.00
vi) Bihun x 1 bungkus
vii) Spaghetti x 1 bungkus
viii) Sos Spaghetti (k) x 1 tin
x) Cendawan butang x 1 tin
Harga : RM52.90
5. Set E
i) Beras (5kg) x 1 kampit
ii) Gula Pasir x 3 kg
iii) Minyak masak x 1kg
vi) Tepung Gandum x 1kg
v) Susu pekat manis x 2 tin
vi) Sardin x 2 tin
vii) Serbuk kopi x 1 pek
Harga : RM52.90
6. Set F
i) Beras (5kg) x 1 pek
ii) Gula Pasir x 2 kg
iii) Bihun x 1 pek
iv) Serbuk Kopi x 1 pek
v) Susu Pekat Manis x 1 tin
vi) Minyak Masak x 1 pek
vii) Tepung Gandum x 1kg
viii) Serbuk Milo x 1 pek
x) Mee Segera Maggi x 1 pek
Harga : RM52.90
7. Set G
i) Beras (10kg) x 1 pek
ii) Gula Pasir x 2 kg
iii) Mee Segera Maggi x 1 pek
iv) Tepung Gandum x 1kg
v) Sos Cili (k) x 1 botol
vi) Sos Tomato (k) x 1 botol
vii) Kicap Manis (k) x 1 botol
viii) Bihun x 1 bungkus
x) Susu Pekat Manis x 2 tin
xi) Serbuk Kopi x 1 pek
xii) Minyak Masak x 1 pek
xiii) Serbuk Milo (650g) x 1 pek
Harga : RM82.90
KAEDAH MEMBUAT PESANAN PEMBELIAN
Selain menggunakan kaedah pembelian atas talian seperti biasa, iaitu melalui 'Add Into Cart' dan seterusnya 'Checkout', hanya untuk pembelian dengan tujuan menyampaikan sumbangan atau bantuan set bakul makanan ini kepada pihak ketiga, kami telah menyediakan beberapa kaedah pembelian yang mudah untuk anda. Antaranya adalah :
1. Anda masukkan terus nama penerima dan alamat lengkap penerima ketika mengisi maklumat berkaitan proses 'shipping' sewaktu 'checkout'.
2. Anda boleh hubungi kami dengan cara mengisi 1 form yang kami sediakan melalui link di bawah.
NOTA MAKLUMAN PENAJA KEPADA PENERIMA
Bagi setiap tempahan bakul makanan untuk tujuan bantuan serta yg akan dihantar terus kepada penerima, melebihi 5 set atau melebihi 5 penerima dan ke atas, kami akan menyediakan satu kad atau nota makluman (seperti contoh di bawah), dan akan dimasukkan ke dalam setiap set bantuan.
Semua penerima bantuan akan menerima nota ini, dan mereka akan tahu pihak yang telah menyumbang bantuan ini.
KAEDAH PENGHANTARAN (SHIPPING)
1. Untuk pembelian yg berjumlah 5 set, atau 5 tansaksi pembayaran, dan ke bawah, walaupun akan dihantar ke 5 alamat yang berbeza, kami menggalakkan agar anda menggunakan kaedah pembelian seperti biasa dan menggunakan shipping daripada Ninja Van, seperti yg telah kami setkan, cuma jangan gunakan kaedah pembayaran COD jika alamat penghantaran adalah alamat penerima bantuan.
2. Manakala, bagi pembelian untuk tujuan sumbangan, untuk penghantaran ke 5 alamat penerima bantuan dan ke atas, anda perlu menghubungi kami melalui form yg kami sediakan, kerana kami akan berikan sebutharga yang khusus dan sepadan dengan penghantaran serta lokasi.
KAEDAH PEMBAYARAN
1. Sila gunakan kaedah pembayaran seperti yang telah kami sediakan, samada menggunakan gateway dari Stripe, Pay Pal ataupun PayHalal, kerana ketiga-tiga cara ini adalah selamat dan diperakui di dalam terma dan syarat kami.
2. Hanya untuk pembelian secara bundle, melebihi 20 lokasi penghantaran bagi setiap penerima bantuan, kami akan hubungi anda untuk tawarkan kaedah pembayaran yg sesuai serta selamat. Sila lengkapkan borang yg kami berikan dan hantar kepada kami untuk semakan dan penyediaan cadangan sebutharga.
Set For Donation - Bantuan Bakul Makanan


Set E Barangan Runcit Beras, Gula, Minyak Masak, Tepung, Susu, Sardin, Kopi.


Set C Barangan Runcit Gula, Milo, Susu, Maggi, Sardin, Biskut, Tepung, Bihun.


Set A Barangan Runcit Gula, Mee Segera, Biskut, Sardin, Milo, Susu Tin.


SET K - Bakul Makanan Berpek, Set Makanan Kering, Mentah, Set Untuk Bantuan Makanan Berpek.


SET J - Bakul Makanan Berpek, Set Makanan Kering, Mentah, Set Untuk Bantuan Makanan Berpek.


SET I - Bakul Makanan Berpek, Set Makanan Kering, Mentah, Set Untuk Bantuan Makanan Berpek.


SET H - Bakul Makanan Berpek, Set Makanan Kering, Mentah, Set Untuk Bantuan Makanan Berpek.


SET G - Bakul Makanan Berpek, Set Makanan Kering, Mentah, Set Untuk Bantuan Makanan Berpek.


SET F - Bakul Makanan Berpek, Set Makanan Kering, Mentah, Set Untuk Bantuan Makanan Berpek.


SET E - Bakul Makanan Berpek, Set Makanan Kering, Mentah, Set Untuk Bantuan Makanan Berpek.


SET D - Bakul Makanan Berpek, Set Makanan Kering, Mentah, Set Untuk Bantuan Makanan Berpek.


SET C - Bakul Makanan Berpek, Set Makanan Kering, Mentah, Set Untuk Bantuan Makanan Berpek.


SET B - Bakul Makanan Berpek, Set Makanan Kering, Mentah, Set Untuk Bantuan Makanan Berpek.


MCO SET A - Bakul Makanan Musim PKP Melawan COVID19, Set Makanan Kering, Mentah, Vaccine For Survived.